Pages

I love my follower

Saturday, March 24, 2012

resepi : bubur pengat pisang


Bahan-bahan :
1/2 batang gula melaka
1 1/2 senduk kecil gula pasir
1 kotak kecil santan
5 biji pisang
1 sudu makan biji sagu
1 cawan air
Secubit garam

Cara-caraya :
1. Masak gula melaka dengan sedikit air.
2. Tapis airnya dan didihkan diatas api yang kecil
3. Setelah mendidih masukkan 1 1/2 senduk kecil gula pasir. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan santan. Kacau hingga mendidih.
5. Masukkan secubit garam, dan biji sagu (yang telah dibasuh).
6. Akhir sekali masukkan pisang yang telah di potong

"SELAMAT MENCUBA"

Sekian, terima kasih

P/s : Hari ni terlalu boring....housemate sorang keje xbalik beberapa hari sorang lagi balik kg 4hari..aku kenelah jaga rumah...apa yang aku cuba buat...adalah mencuba resepi seperti diatas...ermmm...sedap!!! tapi.....???? teng...teng..tenggggggg....

Tuesday, March 20, 2012

perkahwinan

Malam ni aku ade mood nak blogging...agaknye kesan dari jogging petang tadi kot buat aku rase ade mood nak berblog malam ni..(tetiba terasa nak berjogging pas balik keje..semput jugak..almaklum je lah da lama tinggalkan aktiviti ni..) ok berbalik pada tajuk asal..."PERKAHWINAN" cuba korang tanya semua orang dalam dunia ni siapa yang xnak kahwin...? Kalau tanya budak kecik pun diorang akan cakap nak...(itu bagi budak yang gediks)..ahaks.

Kalau korang tanya aku pun aku jawab nak kahwin...sape yang xnak kawin? Cer cakap..? Bukan apelah aku sebenarnye dok 'bingit' jugak telinga ni diorang asyik dok tanya.."Lina kau bila nak kawin..?" aku ulang lagi "Lina kau bila nak kawin...?" adoiiyaii boring la tanya soalan yang sama...xpun diorang akan tanya "hai..bile nak rase makan nasi minyak.." masalahnye bukan xnak kahwin..nakkkk sgt kahwin umuo pun dah 28 tahun..patut umo skg ni dah ade anak sorang dua dah...

"Entah2 lina ni lesbian kot sebab tu dia xnk kahwin.." Astagfirullahhalazim..nauzubilla..jauh sangat menyimpang tu..kalau aku lesbian xkan la aku ade 'mambang'..lu pikir la sendiri..masalahnye jodoh belum sampai..bukan aku xde perancangan nak kahwin..perancangan tu ade tapi ade faktor2 yang membuatkan aku terasa..."argghhh...takut...!!!" ataupun "aku belum sedialah wei nak pikul tanggungjawab.." takpun "Duit belum cukup lagi" argghhh macam2 la alasannye...itu sume salah satu alasan yang ada..

Tapi ade lagi alasan yang membuatkan aku takut nak kahwin ni...persekitaran aku sekarang ni...macam2 hal ada depan mata..bercerai berai..berskandal mendel..(erkk..ade ke ayat tu..belasah je la labu..)..bergaduh laki bini sampai membunuh..suami isteri saling xhormat menghormati..bergaduh dengan mertua, ipar duai..eeeee...serius semua ni memang aku FOBIA...Memangla xsemua perkahwinan tu xbahagia ade gak yang bahagia sampai hujung nyawa...

Bagi aku ade jodoh xkemana..ade jodoh ade rezeki..cuma cepat atau lambat je..insyaAllah..kalau pintu hati dah terbuka untuk kahwin aku akan jemput korang nanti..open table..:) cumenye aku harap xde lagi spekulasi2 yang kata aku ni...hmmm...macam2..

Hanya sekadar gambar hiasan jer..


Sekian, terima kasih

P/s : Tersentap bile ade yang kata aku LESBIAN...what..???? gile dan gile...aku NORMAL la dohh...

Sunday, March 18, 2012

baiduri lynna birthday

Happy birthday to you...happy birtday to you...happy birthday to LINA....happy birthday to you....pukul 3:15pm tadi genap la umo saya yang ke 18 tahun...huhuhuhu tu 10tahun yang dulu sekarang ni umo dah 28 tahun..Syukur Alhamdulillah Allah masih bagi saya peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan nikmat di dunia asalkan saya tidak lupa pada-Nya...

Tahun ni xde kek lagi...xpe itu saya xkisah..doa kawan2 ahli keluarga yang paling best dan bermakna...oh yerk yang best mak call siap nyanyi lagu birthday to you kat saya...terharu rasenye..insyaAllah mak nanti kite jumpe kite makan kek eh..tapi mak kene masak best sikit...itu yang saya cakap kat mak tadi...

So, hari ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 sepupu2 makcik pakcik yang wish birthday saya hari ni..sungguh terharu...insyaAllah ade rezeki nanti saya belanja korang 'Open Table' kat rumah saya...tapi kene la tunggu saya jadi pengantin dulu..bile tu..? tungggggguuu...

Thanks Zyia & Mizi..Lina suka!!!
Thanks jugak kat Amy & Kak Fairoze. Saya suka jugak!!!



Sekian, terima kasih

P/s : Boringnye dok umah time2 mcm ni...

Thursday, March 15, 2012

adoiyaiii..gusi bengkak


Hari ni bangun2 tidur je terase lain macam je kat gusi ni...nak menguap pun rase sakit..bile terase2 dengan hujung lidah rupenye gusi depan bengkak...patutla rase xselesa sangat..kepala lak dah start rase sakit..Perut lak rase lapar selalu boleh je telan makan pape..ni kan makan pun rase xde mood..adoiyaiii nak makan ubat kang berdengkur pulaks..huhuhuhu

Sekian, terima kasih

P/s : Kepala dah start sakit...gusi lak da terase 'nyut..nyut..' kalau mkn ubat harusnye nanti 'ngorok' nak tido xleh sebab dalam office nanti bos nampak ape lak katanye...ape yang penting (ikut lagu wonder pets tu..) tahan saje ler...

Wednesday, March 14, 2012

nasihat kehidupan


1. Ketika mencari calon :
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah bapa bagi anak-anak kita

2. Ketika melamar :
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis
tetapi memintalah kepada Allah melalui orang tua/wali gadis

3. Ketika akad nikah :
Kamu buka menikah dihadapan penghulu tetapi menikah di hadapan Allah

4. Ketika resepsi pernikahan :
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-iakan doa mereka.

5. Ketika malam pertama :
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang anak malaikat.

6. Selama menempuh hidup berkeluarga :
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak akan melalui jalan bertaburan bunga tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika biduk rumah tangga goyang :
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan

8. Ketika belum memiliki anak :
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika telah memiliki anak :
Jangan bagi cinta anda kepada suami atau isteri atau anak anda tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%

10. Ketika ekonomi keluarga merundum :
Yakin bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika ekonomi berkembang :
 Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. Ketika anda adalah suami :
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. Ketika anda adalah isteri :
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. Ketika mendidik anak :
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. Ketika anak bermasalah :
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. Ketika ada pil :
Jangan dimakan/diminum cukuplah suami isteri sebagai ubat

P/s : KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI - Gunakan formula 7K
- Ketakwaan
- Kasih sayang
- Kesetiaan
- Komunikasi dialogis
- Keterbukaan
- Kejujuran
- Kesabaran




lirik : doa untuk ibu..a.k.a emak


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dakapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu nikmatnya belaianmu
Takkan pernah terlupakan

(*) Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalsakan

Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku...

[ulang *]

P/s : "Ya Allah Ya Tuhanku..ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tuaku..berkatilah kedua mereka itu..sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka..,panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebaranag bahaya dan lindungilah mereka..Amin Yarabillalamin"'


10 tabiat merosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi , paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak


3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakkan pada otak.



8. Membiarkan otak bekerja semasa dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakkan kepada sel-sel otak.



9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun




10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Sekian, terima kasih

Monday, March 5, 2012

tayarku pancit

Tarikh : 1 Mac 2012
Masa : Lebih kurang dalam 3:15pm
Tempat : KM427 Highway Utara Selatan menuju ke Ipoh (29km ke Tanjung Malim)
Kejadian : Cuti 1/2 hari pada hari tu...tgh syok bawak kete (link tengah) tetiba je dengar bunyi 'pop'...tak terpikir pulak akan terjadi sesuatu..aku teruskan perjalanan sejauh 500meter...terase lain macam je kete ni..berenti kat link kecemasan..aku turun tengok tayar kete belakang belah kiri kempis xde angin...masa tu bukan main gelabah la..yela 1st time kene macam ni..kebetulan kat situ xde rumah @ kawasan rehat..takut pun ade..aku ape lagi call Ayu minta tolong dia call kan plus line..sementara nak tunggu Ayu call Khaty nak minta tlg bagi no plus...xcukup dengan tu aku call pulak abang aku Acin..sudahnye aku kene call sendiri plus line..masa tu pulakkk...alamak!!! credit tinggal RM2.15..boleh ke..? Nasib ade Ayu tolong top-up kan..Thanks Ayu..Operator kata bantuan sampai lebih kurang dalam 20 minit..alamak!! lamanye..xpe lah..aku tunggu je..tapi dalam hati tuhan je tau perasaan aku ni..takut dohhh...

Xlama tu ade sebuah kereta proton wira berenti depan kete aku..seorang lelaki india..haaaa gelabah aku jadinye..terus terpikir yang bukan2..masa tu terbayang kalau dia nak rompak aku ke nak rogol ke...habis aku..mesti masuk surat khabar..eeeee...simpang malaikat 44...lelaki india tu terus bagi business card dia..mulanye aku xnak amik..sebab dah takut sangat..

"Kak jangan takut kak, saya nak tolong akak..kereta akak kenapa..?" 
dengan takut2 aku jawab "kereta pancit..maybe terlanggar paku @ sekeru kat tgh jalan tadi"
"Tak pe kak jangan takut saya orang baik..saya tengok dulu tayar akak ni..kalau saya boleh tukarkan dengan tayar spare.."
Dengan sombong aku menjawab "Tak pelah kejap lagi Polis bantuan plus datang..lagipun akak xde duit banyak.."
"Tak pe kak saya tolong tukar dulu..Kalau akak nak bagi berapa pun xkisah.."
Dengan rase confident sikit aku relakan budak india tu tukar tayar..sekali nak tukar tu..tayar spare pulak xde angin..hambik kau!!! dalam hati doa2 agar bantuan cepat sampai..alhamdulillah xlama lps budak india tu tukarkan tayar bantuan pun sampai..budak tu aku hulur RM10 jer..kire ok lah kan..hehehehe..Bantuan sampai terus aku minta pam kan tayar spare tu..

Oh yerk..ape dah jadi dengan tayar lama aku tu..? Rupenye aku terlanggar skru..skru tu pulak dililit dengan kertas aluminium..hmmm sgt hampeh!! Setelah tu aku meneruskan destinasi yang dituju..tu pun bawak dalam 80-10km/j..xberani nak pecut...maklum saja la tayar spare..

Esoknye sampai ke Kuala Kangsar terus aku tukar tayar baru..baru pun tak la baru tayar 2nd jer..2biji sekali..takut aku kalau jadi bende yang sama...





p/s : Pada kengkawan tu tengok2 la tayar spare korang mcm mn..? ade hangin ke dok...bahaya..jangan jadi macam ku ni..dah terkene baru nak nyesal..huhuhuhu..Jadikan citer aku ni sebagai panduan untuk korang yang ade keter..khususnye untuk wanita mcm aku..


Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages