Pages

I love my follower

Wednesday, March 14, 2012

nasihat kehidupan


1. Ketika mencari calon :
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah bapa bagi anak-anak kita

2. Ketika melamar :
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis
tetapi memintalah kepada Allah melalui orang tua/wali gadis

3. Ketika akad nikah :
Kamu buka menikah dihadapan penghulu tetapi menikah di hadapan Allah

4. Ketika resepsi pernikahan :
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-iakan doa mereka.

5. Ketika malam pertama :
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang anak malaikat.

6. Selama menempuh hidup berkeluarga :
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak akan melalui jalan bertaburan bunga tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika biduk rumah tangga goyang :
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan

8. Ketika belum memiliki anak :
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika telah memiliki anak :
Jangan bagi cinta anda kepada suami atau isteri atau anak anda tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%

10. Ketika ekonomi keluarga merundum :
Yakin bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika ekonomi berkembang :
 Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. Ketika anda adalah suami :
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. Ketika anda adalah isteri :
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. Ketika mendidik anak :
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. Ketika anak bermasalah :
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. Ketika ada pil :
Jangan dimakan/diminum cukuplah suami isteri sebagai ubat

P/s : KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI - Gunakan formula 7K
- Ketakwaan
- Kasih sayang
- Kesetiaan
- Komunikasi dialogis
- Keterbukaan
- Kejujuran
- Kesabaran




2 comments:

  1. Thanks...coz baca blog ni...i follow

    ReplyDelete
  2. hai done fllw nanti fflow balik.... faridzhuanfirdaus.blogspot

    then klik ni ...jom tolong menlong sesama blogger awak klik saya klik balik ... tingglkn link
    http://my.churpchurp.com/faryanfirdaus/share/Agent77

    ReplyDelete

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages