Hari Sabtu 28.04.2012 bergerak
menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama dengan seorang
sepupu..Miza. Hajatnye nak melawat pakcik yang katanye sakit..saspek
jantung..sekali datang ke rumah, beliau pulak xdok..masuk hutan
(Tentera) dari Pahang ke Palong Negeri Sembilan..aktiviti berjalan dalam
hutan lebih kurang 2 minggu perjalanan...Nampak sungguh xdapat melihat
beliau..tapi xpe boleh bawak bini & anak2 dia berjalan kat
Bandar Melaka..(Walaupun saspek jantung tapi beliau bersemangat
bekerja..berjuang demi negara :))
1. Dinner Yong Tau Fu @ Pulau Gadong
Sememangnye
tempat & restoran ni memang fofular..senang je nak cari
restoran ni..kalau dari arah Johor (Lebuhraya AMJ) terus menuju ke
Cheng..Sebelum sampai ke Cheng ade signboard Pulau Gadong..belok
kiri..jalan sikit kedalam nampak deretan kedai sebelah kanan dah jumpe
restoran tu. Restoran wane Hijau.
|
Banyak pilihan dan korang harus mencuba...memang sedap & murah |
2. Fun Fair @ Taman Tanjung Minyak
Untuk memenuhi
permintaan sepupu2 aku yang cilik ni (Anak pakcik) aku turutkan juga
jejak ke Fun Fair yang pertama kali aku masuk sepanjang aku hidup.
Dapatla aku main 'role koster'..xdapat main kat Genting Highland dapat
main kat fun fair pun jadilah..hehehe Lepas puas jelajah fun fair aku
ajak budak2 & mak budak ni pegi round2 bandar Melaka..selama ni aku
xtau jalan nak ke Bandar Hilir tu ntah macam mana malam tu aku boleh
sampai ke Bandar Hilir..Plan nak tengok lampu kat Sungai Melaka tapi
xjumpe langsung!!
|
Betapa gembiranye budak2 ni..aku pun sama gumbire... |
3. Bandar Hilir Melaka (Muzium Samudera)
Haaaa...hamik kau..xpuas lagi berjalan malam tadi aku berazam untuk kembali semula ke Bandar Hilir Melaka pada esoknye pulak..kali ni aku bawak budak2 & mak budak ni pegi jelajah Muzium Samudera..dalam tu macam info boleh kite dapat..sesape yang nak tau sejarah Melaka macam mn boleh la pegi ke Muzium Samudera Melaka..ala yang ada Kapal Layar kayu tu dekat dengan Dataran Pahlawan..masuk jangan tak masuk..
|
Ermmm..macam manalah rupe Hang Tuah kan..hehehe |
|
Masih di Muzium Samudera.. |
4. Bandar Hilir (Naik Beca keliling Kota A'Famosa)
Mula2 tu was was jugak nak naik beca kat Melaka ni..tapi perasaan tu terase macam membuak2 nak naik..cantik sungguh beca kat Melaka ni..Yela yang bawak tu kebanyakkannye bukan budak2 muda tapi orang2 tua yang aku tengok macam dah tak larat je nak kayuh beca..Setelah aku merase keseronokkan naik beca tu baru aku tau pakcik2 bawak beca ni mempunyai urat dawai bertulang besi...sungguh kuat pakcik tu mengayuh dan membawa aku yang bebannye..masyaRakat tak tau nak kata lah...Bayaran adalah RM20 sebuah beca dan aku telah menempah 2 beca..sangat seronok..kalau nak tau raselah naik macam mn..(bagi yang jakun xpernah naik beca seumur hidup..macam aku :))..harus aku bagitau mak ni...mesti dia pun teringin nak naik beca kat Melaka ni...InsyaAllah nanti Lina bawak mak yer!!! (bajet macam mak baca je blog aku ni..hikhikhik)
|
Cantikkan Beca kat Melaka ni..nak naik lagilah nanti.. |
|
Kota A'Famosa |
Sekian, Terima Kasih
P/s : Terase xsabar2 nak bawak mak jalan2 kat Melaka pulak..tapi kali ni nak ajak mak naik menara Taming Sari la pulak..harap2 dia larat2kan lah diri...pastu nak bawak Zyia & Dhia sekali..:)
Datang Melaka wajib naik beca, Taming Sari dan naik cruise tau !!!
ReplyDeleteNaik beca sempat tapi naik Taming Sari & cruise xsempat..InsyaAllah bulan depan pg lg dan harus naik tu semua...:)
ReplyDeletenak ikut jugak boleh??huhu
ReplyDeleteHeee.. bestnye Lina.... gambar meriah, kalerful gitu..
ReplyDelete