13 April 2012 hari tu aku dapat jemputan khas dari seorang sedare yang jugak ade kaitan dengan pembikinan filem ni (Berani Punya Budak) arahan afdlin Shauki..actually kakak ipar aku (bini acin) pun ade sekali sebab kakak dia punya company ade joint venture dengan Afdlin Shauki.
Sebenarnye tiket untuk aku ade 2 je..so mcm biase la mesti aku nak ajak yang bujang dulu pegi tapi yang bujang pulak pose hari tu...yang dah kawin mesti nak bawak husband masing kan..tiket pun ade 2 je..mintak maaf ye..so dengan rase confident lepas office hour aku drive jugak ke Cathay E@Curve Mutiara Damansara yang sememangnye tempat tersebut memang asing bagi aku...(nasib ade GPS Kak Fairoze). Alhamdulillah aku tiba tepat pada waktunye tanpa ade sebarang masalah (nasib tak tersesat jalan)..
Tiket free |
Berani Punya Budak |
Sinopsis Berani Punya Budak
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di
lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat
kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini,
Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang
biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya
Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan
satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada
syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil
menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal.
Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan
Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot
telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta
Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan
Tong.
Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa
dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa
Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka
semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi
yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka
sangkakan
Stelah menonton.....
Mula-mula tengok tu memang kelakar citer ni..sebab cerita ni alih bahasa dari bahasa Thai ke bahasa melayu..banyak adengan2 cemas dan aksi2 yang best..tapi bile sampai part tengah2 cerita ni aku rase & penonton yang lain pun rase (agaknye) macam bosan sikit..sebab terlalu banyak adengan2 aksi agaknye...tapi filem ni sesuai untuk tontonan semua lapisan..setiap orang pandangnanye berbeza2 so nak tau cerita ni lebih lanjut jangan lupa saksikan dipawagam berhampiran bermula 26/04/2012..
Semasa sidang media |
Sekian, terima kasih
P/s : :)
Kalau tau aritu start lambat... Aku da follow da... Hehehe
ReplyDelete