Pages

I love my follower

Wednesday, June 6, 2012

Bahaya Gas Monoksida

Pagi tadi masuk opis terus aku sambar paper (Berita Harian) saje nak tengok berita menarik..hmmm sumenye banyak pasal politik..sangat membosankan..selak helaian demi helaian aku terbaca satu artikel ni yang sangat menarik dan boleh dijadikan info..almaklum je la aku ni name je pandai pakai kete tapi bab keselamatan aku kureng titik beratkan. Jom aku nak kongsi dengan korang info pasal gas bahaya ni...

Anda Perlu Tahu

1. Usah lengahkan tempoh selenggara kenderaan. Displinkan diri hantar ke bengkel profesional yang sama. Tujuannye menggelakkan penggunaan gas penyaman udara berbeza setiap bengkel.

2. Jangan biasakan tidur dalam kenderaan kerana kita tidak tahu "Bila kita akan tidur"

3. Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastiak persekitaran luas dan terbuka. Walaupun enjin kereta tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.

4. Risiko keracunan gas, pastikan kenderaan mempunyai tahap kebocoran aliran udara dari luar yang paling minimum.

5. Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghidu karbon monoksida sejenis gas sangat bertoksik. Gas itu tidak mudah dikesan kerana gas itu tidak bewarna, berbau, berasa dan merengsakan.

6. Karbon monoksida ialah hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan sering dihasilkan di persekitaran rumah dan perindustrian rumah dan perindustrian kenderaan bermotor atau alat kuasa gasolin, pemanas dan kelengkapan memasak. Pendedahan terhadap karbon monoksida pada 100 bahagian per juta (PPM) atau lebih boleh membahayakan kesihatan manusia.

7. Keracunan karbon monoksida antara kaedah paling biasa diginakan membunuh diri, iaitu dengan sengaja menghirup asap ekzos dihasilkan enjin kereta yang hidup. Ia juga dikatakan menyebabkan apa yang digelar rumah berhantu. Gejala seperti 'delirium' dan 'halusinasi' diakibatkan keracunan karbon karbon monoksida menyebabkan individu berfikir mereka nampak hantu atau mempercayai rumah berhantu.

8. Sistem pendingin hawa kereta serupa dengan sistem pendingin hawa yang dipasang dirumah dan pejabat. Apa yang membezakan ialah sumber tenaga menjanakan sistem berkenaan.

9. Komponen utama sistem pendingin hawa ialah compressor dan refrigerant atau gas lengai ada dalam kitaran mampatan sistem penyejukan pendingin hawa. Gas inilah boleh diisi semula apabila kesan penuejukan pendingin hawa berkurang.

Kadar kehilangan gas ini adalah terlalu kecil dan kadangkala memakan masa sehingga bertahun-tahun diisi semula membuktikan keracunan karbon monoksida bukanlah disebabkan sistem pendingin hawa.

Sekian, terima kasih

P/s : Sharing is caring... 


No comments:

Post a Comment

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages