Pages

I love my follower

Thursday, June 14, 2012

Roda Kehidupan



Kehidupan ini di ibaratkan sebuah roda,
Kadangkala ia berada diatas,
Kadangkala ia berada dibawah,
Tetapi pergerakkan itulah yang dapat meneruskan perjalanan.

Perjalanan sebuah roda menempuh pelbagai halangan,
Ia mampu mengharungi batu batuan tajam dalam perjalanan,
Ia harus mengharungi hujan yang membasahi dirinya,
Ia harus mengharungi panas terik mentari,
Namun ia tetap meneruskan perjalanan.

Roda itu terus meneruskan perjalananya, terus dan terus berputar,
Untuk menuju ke suatu destinasi yang di impikan.

Roda itu harus mendaki jalan yang berbukit,
Walaupun pergerakkannya ditarik oleh graviti bumi,
Namun ia tetap mahu mendaki,
Dan terus mendaki hingga ke puncaknya.

Roda itu juga harus mengharungi jalan yang curam,
Pergerakkannya menjadi semakin laju,
Namun kelajuan itu harus dikawal,
Kerana ia mendorong untuk terbabas di jalanan.

Perjalanan sebuah roda itu akan terhenti,
Terhenti dan tidak akan bergerak lagi,
Ia tidak lagi menempuh pelbagai halangan,
Tidak lagi mendaki puncak bukit,
Kerana perjalanan hidupnya telahpun tamat...

Sekian, terima kasih

P/s : Perjalanan ke alam itu...sesungguhnya pasti

No comments:

Post a Comment

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages