Pages

I love my follower

Thursday, December 27, 2012

Pisang Penawar Pelbagai Penyakit


Pisang mempunyai 3 jenis gula semulajadi - Sukrosa, fruktosa 7 glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu pisang juga mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit menjadikan ianya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

TEKANAN atau STRESS
Buah pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

NEUTRALKAN PARAS GLUKOSA
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.

ANEMIA
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tidak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

TEKANAN DARAH TINGGI
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi-garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

PENGHADAMAN
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula

PANAS JANTUNG
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

DEMAM PAGI
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi menggelakkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK
Sebelum menggunakan krim gigitan nyamuk serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

TEKANAN DARAH TINGGI
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggu yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

ULSER
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ianya bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
 
SEASONAL AFFECTIVE DISORDER (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang baik pulihkan perasaan hati kita.

PENYAKIT KULIT
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya..ambil sekeping kulit pisang tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

AWAS : Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
 
 
 
Sumber : BH Rabu 19 Disember 2012


No comments:

Post a Comment

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages