Pages

I love my follower

Tuesday, November 29, 2011

pertemuan singkat tapi...(◕‿◕)

Pertemuan yang amat singkat sangat...pagi Ahad terima sms dia kata nak jumpe..terasa agak menggong sikit kepala..rase2 sempat ni nak sampai KL memandangkan aku skg ade kat Melaka (Rumah pakcik) so boleh la rushing balik rumah...Tepat jam 3:00pm akhirnya kami jumpa..Jalan2 sebentar dekat area Putrajaya..

Sebenarnye dia plan nak tengok bola Malaysia vs Bahrain tapi malangnye dia terpaksa balik petang tu jugak atas sebab2 yang xboleh nak dielakkan..alahai kejapnye..tapi ok la dapat jugak jumpe..bayangkan sudah berapa bulan tidak bersua muka hanya suara je yang dapat didengar...(gatai sungguh aku ni kan...heheheh). Disebabkan kami xjadi tengok perlawanan tu dengan semangat kesukanan aku dan dia pakai jugak JC tu..huhuhu...

Tiket balik ke kuala pulak jam 6:30 pm so sempat la hantar dia ke Puduraya..hukhukhuk..selamat jalan...dia janji bulan depan dia datang jumpa lagi sempena hari perkahwinan Ziah..pesan aku utk dia..datang jangan tak datang..rindunye kat dia...arghhhh..ape aku ni..miang betul...tapi...itulah perasaan aku skg ni..hikhikhik..

Pertemuan singkat yang sangat menyeronokkan

Sunday, November 27, 2011

makan & makan..ape nak jadi..lepas geram


Sarapan pagi untuk dua orang..Ovaltine + roti + jajan + megi cintan laksa
Kerang rebus yang..boleh la...
Cemel2 dalam kereta...
Ni pun cemel dalam kereta jugak..
Lunch Ayam Penyet Wong Solo
Empal Penyet Wong Solo
Ngombe petang..

Thursday, November 24, 2011

4 golongan manusia

Manusia terbahagi kepada 4 golongan :

Manusia yang tahu.
dan dia tahu bahawa dia tahu
maka dia adalah manusia yang berilmu dan layak dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu.
tapi tidak tahu bahawa dia tahu
maka dia sedang tertidur dan perlu dibangunkan.

Manusia yang tidak tahu.
dan dia tahu bahawa dia tidak tahu
maka dia perlu dibimbing agar dia segera cergas.

Manusia yang tidak tahu.
dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu
maka dia harus dijauhi.




ape yang aku rase bangga..? Part 1

1. Zapin : Family Day Sapura 2010


Dari kiri berdiri : Azlan -CME (dalam kenangan), Mus -Mars, Lukman-SRS, Abd Rahman-CME
Duduk mencangkung dari kiri : Nurul-SRS, Ayu-CME & Aku Lina-CME
Orang yang sama jugak cume +beberapa orang je..
Duduk yang baju merah tu Cikgu yang mengajar zapin Cikgu Adila..
Yang berdiri tu Bos SRS En. Nik

2. Teater di Istana Budaya : LAT Kg. Boy

1st time tengok teater LAT Kg. Boy kat Istana Budaya..
Yang penting SAPURA taja..Thank you SAPURA..



3. Tengok Kapal Terbang AirAsia : LCCT


Walaupun hanya dapat melihat dari jauh je plane ni...akan ku naikki jua satu masa nnti
PLANE tunggu AKU!!!


4. Naik kereta Mewah : Honda Accord Kak Fairoze..bangga aku beb


Thank you Kak Fairoze sebab bagi peluang saya naik kereta akak..
Bangga aku...

azam 2011 yang belum terlaksana..sangat sedih :(

Tinggal beberapa hari je lagi kita semua nak sambut tahun baru..2012.. azam untuk tahun ni pun ade yang belum terlaksana..macam mana tu? Adoiaiii...jom semak balik ape azam tahun 2011 yang masih belum terlaksana...huhuhuhu..

SAVING DUIT : Alamak malu nak bagitau..hehehehe...nak bagitau walaupun simpanan xbanyak tapi ader la simpan. Tapi.....xmengikut azam (RM50-RM150)..sebab tu asyik pow org jer...sangat hampehhh...sedih...:( ...(Matlamat belum terlaksana lagi)


PETI SEJUK : Buat masa ni xpayah beli peti sejuk sebab housemate dah beli..(Terlaksana la jugak walaupun bukan herte sendiri..)

HOLIDAY @ PULAU PERHENTIAN : Azam yang ni pun xdapat nak dilaksanakan..CUT COST..BUDGET..TIME...huhuhuhu... (Matlamat belum terlaksana lagi)

SEWA RUMAH BARU :Haaaa...matlamat tahun ni pulak menjadi..Dari rumah sewe lama ke rumah sewe baru..mula2 dulu seronok skg ni xseronok sebab ade 'princess'  yang selalu dok kacau herte bende dalam rumah tu..mesin basuh kat rumah tu kalau xsilap tahun ni jer dah 8x dibetulkan..macam ade matlamat ni nak cari rumah sewe baru tahun depan..(Matlamat terlaksana..yahoooo!!!)

DIET @ KURUS : Yang ni tersangatla haru biru..awal2 tahun tu semangat sangat nak diet..sampai target sebulan xnak makan nasi..sudahnye...target kemana...nasi juga yang dicari2..adoaiii...walaupun si dia xbising tapi kalau dah terkeluar "Lina bila nak diet..?" tersangatla terasa hati..bile ye nak diet..? (Matlamat belum terlaksana lagi)

KERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH : Haa..yang ni aku pening..aku masih belum dapat menguasai kerja2 harian aku baik di office @ dirumah..mcm mn? Walau macam mana pun aku tetap berusaha dengan bersungguh2..(Terlaksana la jugak walaupun 50%-50%)

NAK TUNANG : Keh..keh..keh..segan nak bagitau..aku je yang nk plan tunang tahun ni tapi akak aku pula yang nyibuk nak kawin..Tak pe lah utamakan orang yang lebih tua..lagipun xpayahlah aku nak bagi 'present' kat akak aku kalau aku langkah bendul...hehehe..lagipun aku sendiri belum sedia..maksud aku belum sedia dari segi mental..fizikal..kewangan..macam2 segala bende lah..tapi yang pasti matlamat aku yang satu ni akan aku ganjak kan pada tahun depan pulak..kawan2 tunggu ye kad jemputan dari saya..!!! (Matlamat belum terlaksana lagi)

SETTLE KAN SEGALA HUTANG PIUTANG : Hutang kereta, hutang itu..hutang ini...perlu diselesaikan...kalaulah aku ni kaya..selesai segala masalah...adoiiii...(Terlaksana la jugak walaupun 50%-50%)


So kawan2 itu la dia matlamat aku tahun ni yang masih belum terlaksana..sedihkan..walau macam mn pun akan aku kotakan matlamat ini suatu hari nanti..masannye akan tiba jua...untuk matlamat tahun 2012 aku belum plan apa2 pun..tungguuuuu....zassss....

Wednesday, November 23, 2011

tahniah sudan & didi - aku dapat anak sedara lagi!!!


Tahniah pada Sudan & Shuhada Sani kerana menimang cahaya mata pertama. Semoga jadi ayah & ibu yang baik...:)

birthday amira @ fish manhanttan alamanda putrajaya

Walaupun tarikh 1/11/2011 da berlalu tapi rasenye masih sempat lagi aku nak post kenangan ni dalam blog aku..hehehe..sori Mira lambat nak post jangan mare...

1/11/2011 tu sebenarnya birthday member aku Amira a.k.a Amy...cian dia..masuk kali ni dah 2x sambut birthday sengsorang..yele ape nak buat suami tercinta outstation pulak..terpaksalah sambut dengan anak dan kawan2..tapi xpe dia pun dah dapat hadiah dari suami tercinta...hikhikhik...

Kali ni kitaorg celebrate birthday Mira @ Amy kat Fish Manhanttan Alamanda Putrajaya..Thanks pada mummy yuyu kerana sudi belanja..Amy, ko tunggu hadiah dari aku pulok ye..hehehe

Amsyar skg ni makin ligat...lepas tu makin comel..tengokla senyuman dia pasti memukau sape yang lihat..hehehe..erkk siapa Amsyar tu..?? Sape lagi anak Amira le..COMEL kan...korang tengok je la gambar2 ni..hihihi..senyummm!!!

sony ericson walkman vs sony xperia neo

Bile la nk tukar hp yang lagi canggih ni...huhuhuhuhu Ape pun SONY tetappp dihati....

Monday, November 14, 2011

jawapanku tentang perkahwinan..

Dah b'punya? =Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing² Siapa? =Nanti Allah akn p'kenalkan kpdku... Bila? =Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti... Jgnlah slalu b'tanya bila org tu nak kawen krn semua rahsia dia, t'letak di tgn Allah... Sampai ms Allah akn m'bongkarkannya..♥♥♥

Sunday, November 13, 2011

aktiviti hujung minggu...12-11-2011

- Bagun pagi..siap2kan diri terus pergi ke rumah Amy hantar dia n family ke LCCT.. - Beli sarapan (nasi putih je..sebab lauk daging black paper yang masak semalam ade lagi) - Kemas rumah jap + tengok tv - Hujan lebat..mata pulak mengantuk..so ape lagi sambung tido la... - Lepas zohor sambung lagi tido sampai kol 3 ptg... - Housemate ajak pegi jogging @ main badminton kat Cyberjaya... - singgah Giant beli raket (RM 13.99)...jadi ler.. - Xjogging pun terus main badminton sampai kol 6:30 pm... - Sebelum balik 'ngeteh' dulu kat kedai siam..pekene air (basahkan tekak dulu..) - Mandi + Solat Maghrib..pastu kemas bilik..kali ni ubah posisi katil pulak.. - 11:30 pm keluar dgn housemate pegi 'ngeteh' kali ni bawak Maini pulak.. - Balik TIDO... Hehehehe..ni la rutin aku hari sabtu lepas..sebenarnye saje je nk post dalam blog ni..poyo kan...:)


Friday, November 11, 2011

misteri boneka OKIKU

Boneka berpakaina kimono dengan rambut lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya. OKIKU yang berusia 2 tahun pada tahun 1918. Boneka ini turut diberi nama OKIKU sempana nama kanak2 tersebut. OKIKU amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya. Tidak lama kemudian OKIKU meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka OKIKU diletakkan pada altar, ditempat keluarga itu sembahyang dan berdoa. Anehnya, sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang. Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka OKIKU sama seperti kanak2 berusia 10 tahun. Setelah itu timbul pula cerita kononya boneka ini hidup kerana roh OKIKU bersemadi dalam boneka tersebut. Pada tahun 1938, apabila keluarga OKIKU berpindah, boneka itu diserahkan disebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta kuil tersebut, rambut boneka OKIKU masih terus hidup dan bertambah panjang sehingga mereka terpaksa memotong rambutnya secara berkala. Malah, kisah boneka OKIKU ini telah memberi inspirasi pelbagai penghasilan filem seram jepun seperti Haunted School. P/s : Sumber dari Majalah Mastika keluaran Oktober 2011..:)

misteri boneka PUPA

Sebiji boneka, berbaju dan terlekat reben biru pada rambut dan dinamakan PUPA oleh pemiliknya seorang wanita. Wanita itu menerima PUPA pada tahun 1920-an, sewaktu berusia 6 tahun. Wanita itu cukup sayang dengan PUPA. Dia membesar bersama PUPA. Kemana saja dia pergi boneka itu sentiasa dibawanya. Sewaktu perang dunia ke-2 meletus, PUPA hampir sahaja musnah. Namun bersama dengan pemiliknya PUPA melalui pelbagai halangan bermula dari Itali kemudian ke Amerika dan pulang semula ke Itali, sebelum melintas ke negara Eropah seterusnya kembali semula ke Amerika. PUPA bagaikan hidup! Kononnya PUPA boleh bergerak bersendirian. Justeru tidak hiran bila PUPA diletakkan pada satu2 tempat dan tidak lama kemudian kedudukan PUPA berubah daripada kedudukkan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2005, PUPA terus disimpan oleh waris tuannya. PUPA diletakkan di dalam sebuah kotak khas. Namun seringkali kedengaran bunyi2 aneh dari tempat penyimpanan PUPA. Pupa kerap membuat bising seolah2 minta dilepaskan dari tempat kurungan itu. Malah paling menghairankan acap kali kedudukkan PUPA dalam kotak itu berubah2 dari kedudukkan asal... P/S : Info dari Majalah Mastika keluaran Oktober 2011..:)

hatimu milikku ~ NERA AF9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



P/S : Saje je letak gambar nih...Kuikuikuikui

Tuesday, November 1, 2011

jangan lupa saksikan filem 'OMBAK RINDU'

Jangan lupa saksikan filem OMBAK RINDU yang bakal di tayangkan pada 1 Disember 2011 (Kalau tak silap tarikh la..)..cerita ni memang best giler..moh kite baca sinopsis citer ni jap...


Sinopsis : Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


jalan-jalan dengan 'FAMILY ACIN'

Seminggu lepas Ziah datang family Acin pulak datang ajak jalan2 area KL...ikut je..destinasi yang sama..hehehe :)



Budget mcm kat Thailand le ni..padahal kat Plaza GM je..heyvok betul budak ni!!!


Tengoklah...bergayajer...dengan patung pun boleh jadi...



Pullman Putrajaya..kalau tak di kawal maunye budak ni terjun bersama baju2nye...



Mak bapak yang sedang dok perati anak2nye main air...tapi sempat lagi nak bergambar...



Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages