An aim in life is the only fortune worth finding and it is not be found in foreign lands, but in the heart itself. "KERAMAT CINTA DUA HATI"
Friday, November 11, 2011
misteri boneka OKIKU
Boneka berpakaina kimono dengan rambut lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya. OKIKU yang berusia 2 tahun pada tahun 1918. Boneka ini turut diberi nama OKIKU sempana nama kanak2 tersebut. OKIKU amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya. Tidak lama kemudian OKIKU meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka OKIKU diletakkan pada altar, ditempat keluarga itu sembahyang dan berdoa. Anehnya, sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang. Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka OKIKU sama seperti kanak2 berusia 10 tahun. Setelah itu timbul pula cerita kononya boneka ini hidup kerana roh OKIKU bersemadi dalam boneka tersebut. Pada tahun 1938, apabila keluarga OKIKU berpindah, boneka itu diserahkan disebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta kuil tersebut, rambut boneka OKIKU masih terus hidup dan bertambah panjang sehingga mereka terpaksa memotong rambutnya secara berkala. Malah, kisah boneka OKIKU ini telah memberi inspirasi pelbagai penghasilan filem seram jepun seperti Haunted School.
P/s : Sumber dari Majalah Mastika keluaran Oktober 2011..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku orang biase2 jer..
HElLoOoO...
hAvE a NiCe DaY!!!
No comments:
Post a Comment