Pages

I love my follower

Monday, March 21, 2011

MuTiArA dOa

Doa Anak untuk Ibu Bapa

“Ya Allah ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Doa Memohon Kesihatan Tubuh Badan (Baca pada waktu pagi dan petang)

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba. Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Doa untuk mengelak daripada bahaya

“Apa yang dikehendaki Allah tetap berlaku tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah.”

Doa Mohon perlindungan daripada Penyakit Berat

“Wahai Allah sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.”-Riwayat Abu Daud

“Elakkan daripada kami segala jenis bala bencana di dunia dan akhirat, juga bahaya di dunia dan akhirat. Elakkan daripada kami kejahatan musuh dari kalangan manusia dan jin, juga kejahatan syaitan dan iblis. Elakkan daripada kami bahaya di udara dan yang turun dari langit, bahaya yang keluar dari bumi dengan Rahmat-Mu wahai yang maha mengasihani berbanding yang lain.

Ya Allah restuilah dan sejahteralah junjungan kami Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda semuanya. Segala puji-pujian itu hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.”

baiduri_lynna@yahoo.com

22 March 2011 {11.40 am}

No comments:

Post a Comment

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages