Pages

I love my follower

Wednesday, November 28, 2012

Arak Haram

Islam mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahilliah sebelum kedatangan Islama adalah peminum arak yang tegar. Mereka anggap minuman arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokkan hidup sebenar. Terdapat juga segelintir umat arab jahilliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasullullah segera bersabda :

" Ia bukanlah ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit." (Riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud :

"Wahai orang2 yang beriman!! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)


Allah SWT melaknat 10 golongan tang terlibat dengan arak :

1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith

1. Arak yang disebut 'Khamar' dalam bahasa arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang2 fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

2. Rasullullah pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti dimana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia dimana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudaratan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


3. Dari segi aspek mental pula Al-Quran sendiri ade menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada induvidu, masyarakat dan negara dimana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah berlaku pemusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.

4. Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara2 yang merosakkan selain dari kesan arak itu sendiri boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukumnya yang bersabit dengan arak adalah sebat antara 40 hingga 80 kali sebatan.

5. Selain arak itu larangan dari menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular dalam masyarakat.

Arak merosakkan akal manusa. Rasulullah bersabda " Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran."

Huraian Haduth :
1. Ulamak telah menetapkan bahawa arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2. Islam juga telah mengharamkan daripada menjual, membeli atau memperniagakan arak meskipun dengan orang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.

3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.

4. Majlis2 yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.

5. Menggunkan arak semata2 sebagai ubat juga adalah haram & berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol. Contohnya kerana darurat seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi hendaklah memenuhi syarat2 berikut :
  • Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusi jika tidak meminum ubat tersebut.
  • Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
  • Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri diatas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan masalah berdasarkan fiman Allah yang bermaksud : "Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa menginginkannya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya."
Azab bagi golongan yang terlibat dengan arak :

1. Dalam hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith bermaksud : 
" Sesungguhnya Allah SWT memiliki janji untuk orang2 yang meminum minuman keras (yang memabukkan) akan memberinya minum dari Thinatul Khabal (Keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka."

  
2. Ibu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa yang meninggal sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala." (Ath Thabrani 12/45, Sahihul Jami' : 6525)


3. Rasulullah bersabda "Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah akan memberinya minum air Sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (Imam Ahmad)

Wallahu'alam....

P/S : Info..copy & paste....:) berkongsi ilmu..:)

Tuesday, November 27, 2012

(1 Gambar) Malaysia vs Laos malam ni..

Tuan tuan..puan puan...adik adik...kakak kakak..makcik makcik..pakcik pakcik jangan lupa saksikan siaran langsung malam ni jam 8.45 malam di TV1 dan Astro Arena perlawanan bola sepak team HARIMAU MELAYA...aummm...aummm...menentang LAOS....auwwu...auwuuuuuuu...


Kami doakan semoga pasukan Malaysia beroleh kemenangan malam ni...4-0 :)))

MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA...

P/S : Bendera Laos sekali pandang mcm CD je kalau tengok...2x pandang mcm kuih Donat pun ade...

Sunday, November 25, 2012

(4 Gambar) Malaysia vs Singapore

Aumm..aummm...harimau melaya...

Malaysia vs Singapore...walaupun Malaysia kalah di tangan Singapore 0-3 tapi kami tetap bersemngat dan bagi sokongan padu pada skuad harimau melaya...hidup HARIMAU MELAYA!!! aummm..aumm...


Penyokong Malaysia

 Bukan orang dewasa je yang minat bola..baik laki ke perempuan..budak kecik pun minat jugak...

P/s : Jangan menyerah sebelum berjuang...bangkit harimau melaya..erkkk :)

Thursday, November 22, 2012

(2 Gambar) Update

Cerita ringkas...

Minggu lepas cuti panjang....ape aktiviti? huiiii banyak betul aktiviti...sampai letih badan ni...hehehehe...gimik jew..

Minggu lepas memang dikatakan penuh la schedule harian aku...ape taknye...semua anak buah balik memenuhi ruang rumah nenek (mak aku) dan aku ditugaskan untuk melayan diorang semua...huh!! letih..tapi seronok...:)

Yang best baby Airis pun ade sekali...tapi biaselah baby kan asyik tido jek..aku lah tukang mengacau dia sampai nagis...kata tugas melayan anak sedara..tu salah satu tugas la tu...hikhikhik

Baby Airis Fateen Adha
Kakak Amani Farzana
Alamak nak balik lah...esok sambung ok...hehehehe

P/s : Balik keje dulu...dadadada....

Friday, November 9, 2012

(1 Gambar) Menggediks


Saje nak menggediks...sementara tunggu Cik Apple  (Yuyu) berurusan kat bank tadi....tengok lah bersihnye kulit aku ni...hebat sungguh teknologi sekarang ni kan..sebiji jerawat pun xterlihat...bekas kene ciken pok pun xde...bagus betul la camera ni...


Sekian, Terima kasih

P/S : :)

(4 Gambar) Tayangan Ekslusif & Sidang Media Pontianak VS Orang Minyak

Ok...ok....next...next...post yang seterusnye...latest post...semalam (8/11/2012) dapat jemputan ekslusif untuk tayangan & sidang media filem Orang Minyak VS Pontianak...filem arahan pengarah muda...Afdlin Shauki...

Tiket free..hehehehe
Dah namanye pun tayangan ekslusif free pulak tu ape lai....aku ajak la member opis g tengok...hehehehe...hrmmm mana aku leh dapat tiket2 mcm ni kan...nak jadikan citer kakak ipar aku punye abg ipar ni (Company Ismail Holdings) join venture ngan Vision work milik Afdlin Shauki ni...memandangkan aku dok area2 KL ni dia jemputlah datang...suh bawak member2 dalam 4-5 orang...so siapa lagi yang nak aku ajak mestilah budak2 opis aku..hehehehe

Ok, tempat kat E-curve Damansara...memang ramai ler retis2 yang datang semalam..teruja jugak aku..yele selalu dapat jumpe dalam TV jer..skg ni dapat pulak jumpe depan2...meletop mak nyah masa tu...sempat jugak lah aku amik gambar dengan retis sorang dua...hehehehe tu pun dah cukup membanggakan aku dah..

Dapat bergambar dengan Johan RajaLawak...kau ada...???kuikuikui
Sempat berposing sementara nak tengok wayang tu....
 Sementara nak tunggu rombongan Cik Kiah datang dari Kluang (guest dari Ismail Holdings) diorang ade sediakan makan dulu..so kami pun makan dulu...lagipun free wooo...hehehehe 
Dengan Blogger Apple Cute..:)
Sedapke...sedapke citer ni...? Tengok la sendiri dan komen lah sendiri...bukan aku kedekut nak bagi tau,,kang kalau aku bagitau xde sape pulak yang nak pegi tengok...cehhh..bajet mcm ade je yang baca blog aku ni...

So korang kalau nak tau jalan citer ni best ke idok..pegi la tengok sendiri nanti pada 22 Nov 2012 di pawagam2 berhampiran anda...:)

Pelakon utama : Nabil & Johan Raja Lawak...Ramai jugak pelakon popular yang belakon dalam filem ni tapi semua watak sampingan jer...:)

Sekian, terima kasih

P/S : kosong..kosong...kosong...:)

Thursday, November 8, 2012

(5 Gambar) Colmar Tropical Bukit Tinggi...Again

Fuhhh....tahun ni je 2 kali aku naik Bukit Tinggi...Destinasi Colmar Tropical...Aktiviti beriadah dengan housemate...Almaklum saje lah masing2 dapat cuti hujung minggu jadi nak lah berjalan-jalan. Tak nak cakap ape we all plan nak naik Bukit Tinggi ni..Bagi aku ni kali kedua lah aku naik..1st sampai dulu dengan Amy..and Yana pulak 1st time naik sana...dia sangat teruja.

Mulanye plan nak pegi Bukit Fraser..tapi xtau jalan...hehehehe..rase macam bongok jek kan..zaman skg zaman IT serba canggih boleh je goggle map nak ke sana..tapi masing2 dok takut sesat jalan...

Kali ni aku rase pemandangan kat Colmar tu sangat cantik...Subhanaallah...berkabus...sejuk...damai...semua lah best kat sana tu..dan kali ni banyak pulak aktiviti2 yang ade kat sana tu...ade persembahan badut la...sarkes ler...mcm2...

Persembahan Badut
Tingginye...
Yang aku kata pemandangan kat situ cantik...memang sangat cantik...rase macam nak dok situ lame2..ade kabus tu yg xtahan...almaklumlah musim hujan macam ni kabus xusah cakap le..tebal gile...

Aku memang suke view kat sini...damai sangat...hehehehe
 Tapi aku tengok Yana memang teruja....xpelah biarkan lah..hehehehe..lagipun minggu tu dia keje street pagi xde rehat...kerje nurse kan...ikut shift..hehehehehe

Yana happy jek...hihihihi
Ok next week pulak nak plan pegi mana pulak...maybe Bukit Frase...? teng..teng..teng..teng...tungguuuu...sape yang belum pegi lagi kat Colmar ni baik pegi cepat...tempat cantik...(eleh macam lah tempat tu boleh lari2kan..hehehe)..


Ok last picture....

Sekian, Terima kasih

P/S : .....:)

(3 Gambar) - Kehadiran Orang Baru

Haiiiiiiiiiii.....Lama betul aku tak post apa2 citer dalam blog ni...ntah ape yang aku sibukkan sampai tak sempat nak update blog....Ok xmau buang masa lagi...hehehehe

Aku nak habaq kat sume orang yang aku baru je terima kehadiran orang baru dalam hidup aku...hehehehe...sape? 

Alhamdulillah Raya Aidiladha hari tu aku baru je dapat sorang anak sedare baru...lahir petang raya hari tu (26/10/2012)...syukur kehadrat Ilahi sebab dikurniakan seorang anak sedare yang sangat comel & sihat...Anak ke-2 abang aku (Mohd Safuan Abu Bakar)...namanye pulak diberi sempena lahir pada hari Raya Aidiladha - AIRIS FATEEN ADHA..Dia sungguh comel & cute....:)

Airis Fateen Adha...xsabar nak jumpe awak lagi..:)

Alololo...lagi comei...

So, pada kakak Amani..jangan nakal2 lagi..dah ade adik ni jaga adik baik2 ye...Cik Lina sayang kakak & adik...muahhh...


P/S : Nanti Cik Lina cuti...Cik Lina datang Kluang jumpe awak yerk...muahhh

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages