Pages

I love my follower

Wednesday, November 28, 2012

Arak Haram

Islam mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahilliah sebelum kedatangan Islama adalah peminum arak yang tegar. Mereka anggap minuman arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokkan hidup sebenar. Terdapat juga segelintir umat arab jahilliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasullullah segera bersabda :

" Ia bukanlah ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit." (Riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud :

"Wahai orang2 yang beriman!! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)


Allah SWT melaknat 10 golongan tang terlibat dengan arak :

1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith

1. Arak yang disebut 'Khamar' dalam bahasa arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang2 fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

2. Rasullullah pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti dimana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia dimana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudaratan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


3. Dari segi aspek mental pula Al-Quran sendiri ade menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada induvidu, masyarakat dan negara dimana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah berlaku pemusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.

4. Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara2 yang merosakkan selain dari kesan arak itu sendiri boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukumnya yang bersabit dengan arak adalah sebat antara 40 hingga 80 kali sebatan.

5. Selain arak itu larangan dari menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular dalam masyarakat.

Arak merosakkan akal manusa. Rasulullah bersabda " Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran."

Huraian Haduth :
1. Ulamak telah menetapkan bahawa arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2. Islam juga telah mengharamkan daripada menjual, membeli atau memperniagakan arak meskipun dengan orang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.

3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.

4. Majlis2 yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.

5. Menggunkan arak semata2 sebagai ubat juga adalah haram & berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol. Contohnya kerana darurat seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi hendaklah memenuhi syarat2 berikut :
  • Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusi jika tidak meminum ubat tersebut.
  • Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
  • Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri diatas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan masalah berdasarkan fiman Allah yang bermaksud : "Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa menginginkannya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya."
Azab bagi golongan yang terlibat dengan arak :

1. Dalam hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith bermaksud : 
" Sesungguhnya Allah SWT memiliki janji untuk orang2 yang meminum minuman keras (yang memabukkan) akan memberinya minum dari Thinatul Khabal (Keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka."

  
2. Ibu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa yang meninggal sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala." (Ath Thabrani 12/45, Sahihul Jami' : 6525)


3. Rasulullah bersabda "Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah akan memberinya minum air Sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (Imam Ahmad)

Wallahu'alam....

P/S : Info..copy & paste....:) berkongsi ilmu..:)

1 comment:

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages