Pages

I love my follower

Thursday, December 27, 2012

Pisang Penawar Pelbagai Penyakit


Pisang mempunyai 3 jenis gula semulajadi - Sukrosa, fruktosa 7 glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu pisang juga mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit menjadikan ianya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

TEKANAN atau STRESS
Buah pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

NEUTRALKAN PARAS GLUKOSA
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.

ANEMIA
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tidak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

TEKANAN DARAH TINGGI
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi-garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

PENGHADAMAN
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula

PANAS JANTUNG
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

DEMAM PAGI
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi menggelakkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK
Sebelum menggunakan krim gigitan nyamuk serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

TEKANAN DARAH TINGGI
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggu yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

ULSER
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ianya bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
 
SEASONAL AFFECTIVE DISORDER (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang baik pulihkan perasaan hati kita.

PENYAKIT KULIT
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya..ambil sekeping kulit pisang tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

AWAS : Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
 
 
 
Sumber : BH Rabu 19 Disember 2012


Bam Bam Airis


Geramnye tengok si bam bam comel ni..rase nak gigit2 jew pipi tu

Airis..Cik Na ni empuk macam tilam ke..? xsampai 5 minit dukung dah lene..

Mari kite gambar beramai2...

Dah macam anak sendiri pulak..huhuhu

P/S : Layanz je lah gambar2 ni..hehehehe

Penutup Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highland lagi..


OMG..OMG..OMG...Cameron lagi...Tahun ni jew dah 5 kali naik sana..sampai naik hafal dah jalan2 kat situ...Malas nak pikir panjang2 naik je lah Cameron hari tu dengan kakak & anak2 buah...balik hari je k..hotel2 rumah2 tumpangan homestay2 kat sana sume dah penuh..almaklumlah musim2 cuti sekolah ni masing2 nak bawak family berjalan...xkisah lah janji diorang happy..:)

Cameron lagi...Tringkap & Ladang Teh Boh



Peminat setia 'astoberi'...



Sunday, December 2, 2012

(3 Gambar) Malaysia vs Indonesia..musuh ketat

Trilogi dari post post yang lepas..Malaysia bertemu Laos hari tu...nasib memang menyebelahi pasukan Malaysia..hu..huuuu...

Terase rugi pulak xtengok perlawanan hari tu kat Stadium...tapi sempat tengok kat rumah lah..balik keje siap2 mandi siap makan sume dok depan TV...Tahniah pd skuad harimau setelah menewaskan Laos 4-1..

Gol Malaysia dijaringkan oleh :
  • Safiq Rahim
  • Safee Sali
  • Wan Zack Haikal
  • Khyril Muhymeen 


Sabtu lepas Harimau bertemu dengan musuh ketatnye si garuda..Kali ni aku memang xnak lepaskan peluang nak saksikan perlawanan secara live bukan dalam TV..tiket aku dah siap2 beli sehari sebelum perlawanan lagi..Kebetulan mak ngan lan pun nak datang..boleh la aku bawak lan...kebetulan jugak mizi pun join sekali..

Tahniah pada skuad Harimau Malaya yang dah tundukkan si garuda...2-0...Malam tu semua pemain main dengan bersungguh-sungguh...:)

Gol Malaysia dijaringkan oleh :
  • Mahali Jasuli
  • Azammunidin Akil 
 

Kami sebagai rakyat Malaysia berbagga dengan kemenangan ini...cayokkk Malaysia!!!


Sekian, terima kasih

P/S : Kami bangga jadi rakyat Malaysia..!!!

Wednesday, November 28, 2012

Arak Haram

Islam mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahilliah sebelum kedatangan Islama adalah peminum arak yang tegar. Mereka anggap minuman arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokkan hidup sebenar. Terdapat juga segelintir umat arab jahilliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasullullah segera bersabda :

" Ia bukanlah ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit." (Riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud :

"Wahai orang2 yang beriman!! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)


Allah SWT melaknat 10 golongan tang terlibat dengan arak :

1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith

1. Arak yang disebut 'Khamar' dalam bahasa arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang2 fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

2. Rasullullah pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti dimana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia dimana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudaratan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


3. Dari segi aspek mental pula Al-Quran sendiri ade menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada induvidu, masyarakat dan negara dimana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah berlaku pemusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.

4. Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara2 yang merosakkan selain dari kesan arak itu sendiri boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukumnya yang bersabit dengan arak adalah sebat antara 40 hingga 80 kali sebatan.

5. Selain arak itu larangan dari menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular dalam masyarakat.

Arak merosakkan akal manusa. Rasulullah bersabda " Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran."

Huraian Haduth :
1. Ulamak telah menetapkan bahawa arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2. Islam juga telah mengharamkan daripada menjual, membeli atau memperniagakan arak meskipun dengan orang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.

3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.

4. Majlis2 yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.

5. Menggunkan arak semata2 sebagai ubat juga adalah haram & berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol. Contohnya kerana darurat seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi hendaklah memenuhi syarat2 berikut :
  • Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusi jika tidak meminum ubat tersebut.
  • Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
  • Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri diatas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan masalah berdasarkan fiman Allah yang bermaksud : "Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa menginginkannya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya."
Azab bagi golongan yang terlibat dengan arak :

1. Dalam hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith bermaksud : 
" Sesungguhnya Allah SWT memiliki janji untuk orang2 yang meminum minuman keras (yang memabukkan) akan memberinya minum dari Thinatul Khabal (Keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka."

  
2. Ibu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa yang meninggal sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala." (Ath Thabrani 12/45, Sahihul Jami' : 6525)


3. Rasulullah bersabda "Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah akan memberinya minum air Sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (Imam Ahmad)

Wallahu'alam....

P/S : Info..copy & paste....:) berkongsi ilmu..:)

Tuesday, November 27, 2012

(1 Gambar) Malaysia vs Laos malam ni..

Tuan tuan..puan puan...adik adik...kakak kakak..makcik makcik..pakcik pakcik jangan lupa saksikan siaran langsung malam ni jam 8.45 malam di TV1 dan Astro Arena perlawanan bola sepak team HARIMAU MELAYA...aummm...aummm...menentang LAOS....auwwu...auwuuuuuuu...


Kami doakan semoga pasukan Malaysia beroleh kemenangan malam ni...4-0 :)))

MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA...

P/S : Bendera Laos sekali pandang mcm CD je kalau tengok...2x pandang mcm kuih Donat pun ade...

Sunday, November 25, 2012

(4 Gambar) Malaysia vs Singapore

Aumm..aummm...harimau melaya...

Malaysia vs Singapore...walaupun Malaysia kalah di tangan Singapore 0-3 tapi kami tetap bersemngat dan bagi sokongan padu pada skuad harimau melaya...hidup HARIMAU MELAYA!!! aummm..aumm...


Penyokong Malaysia

 Bukan orang dewasa je yang minat bola..baik laki ke perempuan..budak kecik pun minat jugak...

P/s : Jangan menyerah sebelum berjuang...bangkit harimau melaya..erkkk :)

Thursday, November 22, 2012

(2 Gambar) Update

Cerita ringkas...

Minggu lepas cuti panjang....ape aktiviti? huiiii banyak betul aktiviti...sampai letih badan ni...hehehehe...gimik jew..

Minggu lepas memang dikatakan penuh la schedule harian aku...ape taknye...semua anak buah balik memenuhi ruang rumah nenek (mak aku) dan aku ditugaskan untuk melayan diorang semua...huh!! letih..tapi seronok...:)

Yang best baby Airis pun ade sekali...tapi biaselah baby kan asyik tido jek..aku lah tukang mengacau dia sampai nagis...kata tugas melayan anak sedara..tu salah satu tugas la tu...hikhikhik

Baby Airis Fateen Adha
Kakak Amani Farzana
Alamak nak balik lah...esok sambung ok...hehehehe

P/s : Balik keje dulu...dadadada....

Friday, November 9, 2012

(1 Gambar) Menggediks


Saje nak menggediks...sementara tunggu Cik Apple  (Yuyu) berurusan kat bank tadi....tengok lah bersihnye kulit aku ni...hebat sungguh teknologi sekarang ni kan..sebiji jerawat pun xterlihat...bekas kene ciken pok pun xde...bagus betul la camera ni...


Sekian, Terima kasih

P/S : :)

(4 Gambar) Tayangan Ekslusif & Sidang Media Pontianak VS Orang Minyak

Ok...ok....next...next...post yang seterusnye...latest post...semalam (8/11/2012) dapat jemputan ekslusif untuk tayangan & sidang media filem Orang Minyak VS Pontianak...filem arahan pengarah muda...Afdlin Shauki...

Tiket free..hehehehe
Dah namanye pun tayangan ekslusif free pulak tu ape lai....aku ajak la member opis g tengok...hehehehe...hrmmm mana aku leh dapat tiket2 mcm ni kan...nak jadikan citer kakak ipar aku punye abg ipar ni (Company Ismail Holdings) join venture ngan Vision work milik Afdlin Shauki ni...memandangkan aku dok area2 KL ni dia jemputlah datang...suh bawak member2 dalam 4-5 orang...so siapa lagi yang nak aku ajak mestilah budak2 opis aku..hehehehe

Ok, tempat kat E-curve Damansara...memang ramai ler retis2 yang datang semalam..teruja jugak aku..yele selalu dapat jumpe dalam TV jer..skg ni dapat pulak jumpe depan2...meletop mak nyah masa tu...sempat jugak lah aku amik gambar dengan retis sorang dua...hehehehe tu pun dah cukup membanggakan aku dah..

Dapat bergambar dengan Johan RajaLawak...kau ada...???kuikuikui
Sempat berposing sementara nak tengok wayang tu....
 Sementara nak tunggu rombongan Cik Kiah datang dari Kluang (guest dari Ismail Holdings) diorang ade sediakan makan dulu..so kami pun makan dulu...lagipun free wooo...hehehehe 
Dengan Blogger Apple Cute..:)
Sedapke...sedapke citer ni...? Tengok la sendiri dan komen lah sendiri...bukan aku kedekut nak bagi tau,,kang kalau aku bagitau xde sape pulak yang nak pegi tengok...cehhh..bajet mcm ade je yang baca blog aku ni...

So korang kalau nak tau jalan citer ni best ke idok..pegi la tengok sendiri nanti pada 22 Nov 2012 di pawagam2 berhampiran anda...:)

Pelakon utama : Nabil & Johan Raja Lawak...Ramai jugak pelakon popular yang belakon dalam filem ni tapi semua watak sampingan jer...:)

Sekian, terima kasih

P/S : kosong..kosong...kosong...:)

Thursday, November 8, 2012

(5 Gambar) Colmar Tropical Bukit Tinggi...Again

Fuhhh....tahun ni je 2 kali aku naik Bukit Tinggi...Destinasi Colmar Tropical...Aktiviti beriadah dengan housemate...Almaklum saje lah masing2 dapat cuti hujung minggu jadi nak lah berjalan-jalan. Tak nak cakap ape we all plan nak naik Bukit Tinggi ni..Bagi aku ni kali kedua lah aku naik..1st sampai dulu dengan Amy..and Yana pulak 1st time naik sana...dia sangat teruja.

Mulanye plan nak pegi Bukit Fraser..tapi xtau jalan...hehehehe..rase macam bongok jek kan..zaman skg zaman IT serba canggih boleh je goggle map nak ke sana..tapi masing2 dok takut sesat jalan...

Kali ni aku rase pemandangan kat Colmar tu sangat cantik...Subhanaallah...berkabus...sejuk...damai...semua lah best kat sana tu..dan kali ni banyak pulak aktiviti2 yang ade kat sana tu...ade persembahan badut la...sarkes ler...mcm2...

Persembahan Badut
Tingginye...
Yang aku kata pemandangan kat situ cantik...memang sangat cantik...rase macam nak dok situ lame2..ade kabus tu yg xtahan...almaklumlah musim hujan macam ni kabus xusah cakap le..tebal gile...

Aku memang suke view kat sini...damai sangat...hehehehe
 Tapi aku tengok Yana memang teruja....xpelah biarkan lah..hehehehe..lagipun minggu tu dia keje street pagi xde rehat...kerje nurse kan...ikut shift..hehehehehe

Yana happy jek...hihihihi
Ok next week pulak nak plan pegi mana pulak...maybe Bukit Frase...? teng..teng..teng..teng...tungguuuu...sape yang belum pegi lagi kat Colmar ni baik pegi cepat...tempat cantik...(eleh macam lah tempat tu boleh lari2kan..hehehe)..


Ok last picture....

Sekian, Terima kasih

P/S : .....:)

(3 Gambar) - Kehadiran Orang Baru

Haiiiiiiiiiii.....Lama betul aku tak post apa2 citer dalam blog ni...ntah ape yang aku sibukkan sampai tak sempat nak update blog....Ok xmau buang masa lagi...hehehehe

Aku nak habaq kat sume orang yang aku baru je terima kehadiran orang baru dalam hidup aku...hehehehe...sape? 

Alhamdulillah Raya Aidiladha hari tu aku baru je dapat sorang anak sedare baru...lahir petang raya hari tu (26/10/2012)...syukur kehadrat Ilahi sebab dikurniakan seorang anak sedare yang sangat comel & sihat...Anak ke-2 abang aku (Mohd Safuan Abu Bakar)...namanye pulak diberi sempena lahir pada hari Raya Aidiladha - AIRIS FATEEN ADHA..Dia sungguh comel & cute....:)

Airis Fateen Adha...xsabar nak jumpe awak lagi..:)

Alololo...lagi comei...

So, pada kakak Amani..jangan nakal2 lagi..dah ade adik ni jaga adik baik2 ye...Cik Lina sayang kakak & adik...muahhh...


P/S : Nanti Cik Lina cuti...Cik Lina datang Kluang jumpe awak yerk...muahhh

Wednesday, October 17, 2012

Alhamdulillah..sudah 2 tahun...

Syukur Alhamdulillah atas rahmat yang Kau beri ni...Alhamdulillah 15/08/2012 lepas genap 2 tahun aku kerja kat KL ni..(baru hari ni teringat nak update) company yang masih sama. 

Dulu
Sekarang
 Terasa macam tak percaya pulak bidang kerja sekarang ni jauh beza ape yang aku belajar dulu..tu lah namanye rezeki...Terima kasih yang tak terhingga lah pada BFF aku Amy a.k.a Nurul Amira yang rekomen aku keje kat sini..kalau bukan kerana dia dah tentu aku tak berani keluar dari 'dunia' lama aku.


Bile aku renung2 balik kejadian dulu..semua ada hikmahnye tersendiri...Aku patutnye berterima kasih pada xbos aku dulu..kalau tak disebabkan kami bermusuh dan bergaduh besar semua ni xakan terjadi...aku sekarang dah hampir kenal 'dunia' luar yang dulu bagi aku xmungkin aku akan hidup di sini...

Hahaha...kelakar bile ingat balik masa zaman2 keje kat HBP dulu...xmau la ingat balik kejadian 'ngeri' tu lagi..ape yang tinggal semua tu kenangan. Yang penting adalah masa sekarang dan masa depan...


Aku berharap sangat ape pekerjaan yang aku buat sekarang ni biarlah kekal selamanya. InsyaAllah...cume aku mengaku kerja dalam bidang sekarang ni memang betul2 mencabar. Yelah dulu keje kire kedatangan orang...kire OT...buat report..buat order barang...cek2 mesin...data entry...sume tu keje yang simple..tapi skg keje kire duit company...update duit kuar masuk...rec. cek..kene jawab call bila supplier call tanya payment...tapi tu lah...ape yg jadi penghalang utama aku...adalah...Oh my english!!!! dulu keje sume bahasa melayu...sampai mat2 bangla yang keje tu pun aku train diorang ckp & tulis melayu...skg bila keje kat company besa mcm ni..aku pulak terdiam terkaku...Walau macam mana sekali pun aku patut rase bersyukur dan bersabar...aku patut lebih banyak belajar....semua tu penting demi masa depan aku....

Tak lupa jugak aku sangat berterima kasih kat mak kat kampung sebab restu aku kerja kat sini..Yelah mana taknye sejak arwah abah meninggal aku lah paling rapat dengan mak. Nasib ade adik yang sudi jaga mak sampai sekarang...Semoga doa mak mengiringi aku kat sini...I LOVE U Mak!!!


 Sekian, terima kasih

P/s : Ntah pape citer aku ni..korang yang baca layankan je lah...xde modal nak buat citer..huhuhuhu






(2 Gambar) Mari menguji tahap kesihatan tulang anda

Kebiasaannye hari jumaat kami akan lunch kat luar..almaklumlah waktu rehat lama masa tu..So, jumaat lepas kami bertiga...bukan berempat berlima atau berenam ye..bertiga..Ayu outstation..Kak Fai & Leesa pulak xkuar lunch ..so aku Kak Suzi & Mira bersantap kat restoran ayam penyet IOI Mall Puchong...jauh xjauh ler...lepas makan Mira ajak shopping barang2 pantry kat JJ..Sambil2 tunggu Mira shopping tetibe Kak Suzi ajak test tulang kat booth Anlene.


 Rase sangat excited bile keputusan yang aku dapat sangat memberangsangkan...hehehehe...untuk kesesuaian umur yang semakin meningkat aku diberi nasihat oleh advisor Anlene untuk minum Anlene 2 gelas sehari untuk menguatkan tulang. 


Sekian, Terima kasih

P/S : Terase kite dah semakin tua la pulak...sob..sob..sob..

Tuesday, October 16, 2012

(2 Gambar) Percutian Budget

Haa...percutian..? budget pulak tu...huhuhuhu..sedih je dengar kan..tapi tu la yang jadi..citer lama & dah basi dah..tapi aku ingat lagi...dating kami berdua...

Mizi lah kata boring asyik jumpe kat KL jek..ajak naik Cameron pulak hari tu..tapi naik kejap je lah...jalan2 kejap kat Cameron pastu balik KL balik..ponek badan jek drive jauh2...tapi ape nak buat...budget ciput jek nak berjalan..hihihihi..sampai KL terus dia amik bas balik Kuala Kangsar balik...tak berbaloi langsung!! 

 .....




.....



.....




.....




.....




.....




.....






Sekian, terima kasih

P/S : Jadi le dari xjumpe langsung kan...:p

(5 Gambar) Farah Wahidah @ Hospital Kluang

Alahai baru jek seronok2 pegi bercuti kat Cameron...Balik2 je si Wahidah pulak masuk Hospital...Tapi memang patut pun dia kene tahan wad..masa pegi Cameron tu pun dia xsihat..ermmm bukan sejak pegi Cameron tapi sejak puase hari tu lagi...

Macam2 lah dengar citer kronologi Wahidah ni..katanye kene sawan mayat...pegi berubat orang yang ubatkan kata Wahidah kene sawan mayat keling...ish..macam2 lah..xsanggup dah nak dengar..balik2 dr Cameron terus Wahidah deman..bile cek kat klinik doktor suh refer kat Hospital. 

1/10/2012 Wahidah masuk wad...kene refer pulak kat Pakar HSA...nak xnak kene lah pegi...dan keputusan pun dapat...Doktor sahkan paru2 & jantung dia ni dijangkiti kuman. Istighfar panjang aku dengar...sebab xjangka pun dia sakit sebab tu...So untuk dapatkan rawatan lebih dia kene buat MRI kat HSA. Ok kali ni aku lagi terkejut bile abang (bapak Wahidah) aku call kata Wahidah ni ade jantung berlubang pastu xade atau saluran darah kecik dari paru2 ke jantung sejak lahir lagi...terkejut gile aku..klu aku terkejut..doktor yg rawat dia tu lagi la terkejut..sebab sblm ni xde kes mcm tu..so Wahidah ni orang pertama la...kesiannye anak sedara aku sorang ni...sob..sob..sob..


Aku yang kat KL ni dah tak keruan jadinye...siap nagis teresak2 lagi..yelah budak tu rapat sgt ngan aku..dia lah madu dialah racun..So, untuk xade rase bersalah aku cakap dgn ayah & ibu dia yang aku pulak nak jaga...Siap pesan lagi kat ayah ibu dia jangan bagitau Wahidah yang aku nak jaga...sepresss la kononnye...tapi kantaoi jugak bile bapak dia pecah rahsia..memang xleh simpan rahsia tol!!! Kali ni balik kg amik tiket bas jek..malas nak drive..terus turun kat Kluang. Malam tu jugak aku jaga budak ni...


3hari 2malam jada si bedah ni...MasyaAllah banyaknye cakap budak ni..aku sampai penat nak melayan dia cakap...nenek (mak aku) yang datang melawat pun penat nak melayan...becok betul mulut...xnampak macam orang sakit pun..kalau bab makan tu...hai jangan cakap lah..makan banyak. Tapi bila tang kene tukar jarum tu yang xsampai hati nak tengok dia..habis dua2 tangan kene cucuk..meraung2 budak tu xnak tukar jarum...tapi disebabkan dia jenis kuat semangat dan nak baik cepat..rela dalam paksa la tukar...


Ok tamat sudah jaga dia..sebelum aku balik KL..aku ingat nak belikan dia no phone supaya aku leh sms dengan dia...dia pesan minggu depan dia suh aku jaga dia pulak...amboi banyak cantik muke ko...hehehehe...insyaAllah nnt Cik Lina jaga..tp nak kene bawak nenek sekali lah...



Sekian, Terima kasih

P/S : Wahidah semoga awak cepat baik...Cik Lina nak tengok awak yang dulu..yang aktif...yang ceria..yang becok...sume yang2 lah..

 


(2 Gambar) Cameron Highland ~ 29/09/2012


Ape yang dirancang lain pulak jadinye..hahaha...sepatutnye rancangan sebenarnye adelah ke Melaka Bandaraya Bersejarah..ikut family day kilang pakcik..tapi last2 minute abang aku pulak tukar rancangan...diorang nak naik Cameron pulak...so, aku pun terjebak la sekali kesana...xpelah janji nak bawak Ziah, Dhia & mak jalan2...

Masya-Allah nak jadikan cite ni..sampai kat Berinchang si Dhia tebelahak muntah dalam kete..nasib xkene kusyen kete...adoaiii...agaknye dia pening kot..nasib aku tak terbelahak sama..kalau xdengan aku2 sekali muntah...tu satu hal..masa tgh shopping sayur kat pasar malam si Wahidah pulak muntah2 jugak...kesian sebab Wahidah tak sihat masa tu...

Ok siap shopping sayur terus balik..aku balik ikut Simpang Pulai..abang aku pulak ikut Tapah. So kami berpecah. Tgh syok2 drive tu tetibe Wahidah sekali lagi muntah dalam kete...Terus berenti tepi jalan...nasib ade Ziah dia lah yg tolong Wahidah..aku ni tengok jek la..kang xpasal2 aku pulak yg muntah sama...

Orait settle sudah...aku pun mula memandu terus ke Simpang Pulai..elok je sampai bawah si Dhia sekali lagi muntah dalam kete...habis baju dia kene muntah...Ziah pulak xbawak baju spare dia...so dari Simpang Pulai budak tu berbogel la..tinggal seluar dalam jek..macam2 hal..:)

Si Dhia dah berbogel

Sebahagian gambar

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages