Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima
Bicara Hati adalah tentang kisah Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam
satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku
Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia
dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia
serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi
dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi
dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa
tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik
dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang
berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan
kerinduan?
No comments:
Post a Comment