Pages

I love my follower

Tuesday, May 31, 2011

QARIN...? APA TU QARIN...?

Kali ni Cik Lynna nak cerita pasal 'QARIN'..ape tu..? mcm nama org jer kan..memandangkan Cik Lynna baru tau maksud 'QARIN' tu jadi Cik Lynna nak berkongsi dengan kawan2 semua...Cik Lynna ade baca petikkan cerita ni..meh la Cik Lynna ceritakan semula....alkisahhh...

QARIN ni ibarat mcm ROH tapi ia bukan ROH sebenarnya..contoh macam arwah nenek kita tengah masak di dapur, tentera Jepun tengah polish boot dia...kita ingatkan ROH tapi rupa2nya QARIN...

Adakah QARIN ini wujud? Adakah infomasi ini diambil sebagai sesuatu pengetahuan? Ya, QARIN ni sebenarnya berpengaruh dengan amalan seseorang, jika baik amalannya baik lah dia dan begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada QARIN namanya HABIBUL HUDA kata orang kasf (Xberapa pasti orang mana..;)) masih hidup lagi di Madinah. Semua QARIN lambat mati. Sebelum manusia mati kadangkala QARIN sudah kelirukan orang. Banyak berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan berehat...tetapi selepas 1/2 jam kemudian mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja ketuk pintu..ini kerja QARIN.

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing..setiap kali selepas ibu kita bersalin...si ayah akan membasuh uri...atau orang-orang tua kita akan kata kembar kita...sebenarnya kembar yang dimaksudkan tu dipanggil sebagai...QARIN!!!

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala QARIN kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara jahat.

Jika peristiwa diatas pernah anda lalui dan akan lalui jangan terkejut...kerana apa yang anda jumpa ialah QARIN seseorang yang telah meninggal dunia. QARIN ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa yang berlaku setiap malam. QARIN akan memakai pakaian yang sama contoh jika seseorang mati dilanggar kereta sedang menahan teksi..QARIN juga dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau QARIN semuanya makhluk ALLAH belaka.



KENDURI KAHWIN CIK EL


Aktiviti Cik Lynna hujung minggu lepas adalah...menghadiri majlis perkahwinan makcik Cik Lynna kat Kampung Pt. Ya'ani...sangat meriah..almaklum sahaja anak bongsu..so kene sambut dengan meriahnya..kepada Cik Leha SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal hingga ke syurga...amin...(doakan Cik Lynna dicepatkan jodohnye ye..hehehehe :))



Balik dari majlis kahwin terus kemas bag nk balik KL semula. Minta tolong Zyia masukkan 5 gelen air Bioaura dalam kete..hehehehe bile mase lagi nak membuli...sempat amik gambar bersama mak tersayang dan kakak yang ku rindu telatahnya...hihihi...

CENDOL TURUN TEMURUN

Kepada kawan2 Cik Lynna yang rase teringin sangat nk makan cendol..Cik Lynna syorkan cendol paling sedap adalah di Batu Pahat..dekat dengan pasar...harganya sangat murah..RM1 semangkok..memang sedap...lagipun cendol ni wujud sebelum adanya saya di dunia ni..jadi sesiapa yang teringin sgt nk merasa cendol Batu Pahat...datang le di Batu Pahat Johor..marbelezzz...;)

MEE GORENG YANG TAK BERAPA MENJADI

Hai kawan2..kali ni Cik Lynna xnk bagi resepi Mee Goreng ni..sebabnya Cik Lynna rasa kali ni mee goreng Cik Lynna tidak menjadi..tp Cik Lynna tetap nk bagi kawan2 tengok hasil kerja Cik Lynna yang tak berapa nk menjadi ni...adios!!! heheheheh...;)

Thursday, May 26, 2011

NOVEL vs POPULAR CARD

Hai kawan2 ingat x entri Cik Lynna pada 23 May 2011 pasal tajuk novel "7 HARI MENCINTAIKU" penulis SITI ROSMIZAH..Cik Lynna dah pun beli novel tu..malangnye Cik Lynna xsempat nk baca lagi novel tu..sebab nak habiskan novel2 lain yang Cik Lynna pinjam dari housemate Cik Lynna..Mcm mn sekali pun Cik Lynna pasti akan membaca novel tu dgn kadar seberapa segera sebab ade gak kawan2 Cik Lynna nk pinjam..;)

Oh yerk Cik Lynna ade jugak beli novel lain. Cik Lynna pun rase novel ni best sebab baca tajuknye pun "GELAK TERGOLEK" penulis WANN AZLAN mesti baca tergelak sambil tergolek..mungkin ada yang dah baca novel ni..tapi Cik Lynna baru beli..hehehehe ketinggalan betul!


Novel : Gelak Tergolek
Penulis : Wann Azlan
Terbitan : Kaki Novel
Harga : RM 18.00 (-10% = RM 16.20)



Oleh yang demikian dengan rasminya Cik Lynna nk bagi tau yang Cik Lynna telah pun menjadi ahli POPULAR CARD pada 25/05/2011...segala pembelian di Popular Book Shop akan mendapat discount....hehehehehe (jakun betul)...;)


Monday, May 23, 2011

7 HARI MENCINTAIKU


Ishhhh...lambat sungguh nak gaji...xsabar Cik Lynna nak beli novel terbaru penulis SITI ROSMIZAH ni..harap2 novel ni masih ade lagi dimana2 kedai buku...Cik Yuyu nk offer belikan dulu hari tu xnk malu lah...xpe tunggu gaji..tinggal beberapa hari je lagi...menghitung hari...la..la..la..la..

(Harga : RM 32.90)

566 HARI MENCARI CINTA


SINOPSIS :

Firdayu : "Aku mencari cinta semata2 kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"

Kid : "Semua orang mengelarkannya 'POSION IVY'. Cantik tetapi beracun. Tapi aku tidak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku."

Ruzair : "Aku cuba bermain dengan 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia."

566 Hari..tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama, dicampak ke tepi.




P/S : Buku ni baru keluar rasenya..hihihi Cik Lynna belum baca..ni pun Cik Lynna pinjam dengan kawan Cik Lynna..YUYU..mana yang kaki novel tu Cik Lynna hanya nak berkongsi..peace!!! ;)

Thursday, May 19, 2011

RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan merah
Lada kering (dikisar)
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Seulas kunyit hidup
Sedikit belacan
3 batang serai
2 biji tomato
5-6 kacang bendi
Daun kesum
Bunga Kantan
Jus limau purut/nipis
Air
Garam secukup rasa

CARA-CARANYA :

1. Basuh & siang ikan (hehehehe)
2. Kisar @ tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan belacan. Jangan lupa titik serai sekali.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan gaulkan. Kacau sampai naik bau..hehehe
4. Masukkan lada kering yang telah dikisar td..kacau bersama.Biarkan sehingga masak sedikit tunggu 5-7 minit.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit..kacau dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan bunga kantan, daun kesum. Biarkan selama 5 minit hingga mendidih. Kemudian masukkan jus limau nipis/purut (dalam 5 sudu teh besar)dan garam secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan ikan merah yang telah siap di bersihkan. Tunggu sehingga 5-10 minit hingga mendidih. Masukkan kacang bendi dan tunggu hingga 5 minit last sekali masuk tomato..kemudian siap dihidang...

P/S : Kawan2 selalu makan kat restoran kuah asam pedas mesti nampak gelap xnampak merah kan..selalunya tokey kedai dia letak asam jawa terlalu banyak sebab tu kuah jadi gelap..tp resepi Cik Lynna ni guna jus limau purut/nipis..kuahnya rase sedap masam pedas semua cukup rasa..cubelah. Gantikan air asam jawa dengan jus limau..mesti sedap..

SELAMAT MENCUBA!!!!



Wednesday, May 18, 2011

HARI BAIK MEMOTONG KUKU

Cik Lynna nk kongsi sikit pasal memotong kuku ni..selama ni kita selalu main hentam kromo je potong kuku kan..rupenye ada urutan2 tertentu nak potong kuku ni..so mana yang dah tau tu teruskanlah memotong dengan cara yang betul..mana yang tak tau mcm Cik Lynna ni lepas ni kenelah ubah tabiat memotong kuku mengikut Sunnah Nabi..hehehe

Selain memotong kuku mengikut urutan, memotong mengikut hari2 juga mempunyai maksud yang tertentu. Jom kita sama2 baca :

HARI SABTU ~ Keluar daripadanya ubat dan masuk kepadanya penyakit

HARI AHAD ~ Keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

HARI ISNIN ~ Keluar daripadanya gila dan masuk sihat

HARI SELASA ~ Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

HARI RABU ~ Keluar daripadanya was2 dan masuk kepadanya kepapan

HARI KHAMIS ~ Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh penyakit

HARI JUMAAT ~ Keluar dosa2nya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya pintu Rahmat daripada Allah SWT

Dengan kata lain hari yang baik memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis Dan Jumaat.

Tuesday, May 17, 2011

FAMILY DAY SAPURA NOVEMBER 2010

WALAUPUN CERITA DAH LAPUK...sebenarnya Cik Lynna sesaje nk entri blog ni sikit pasal cerita lama..Cik Lynna nk kongsi dgn kawan2 sume pasal Family Day ni...almaklum saje lah dah banyak2 pekerjaan yg Cik Lynna kerja baru ni lah Cik lynna dpt merasa hari keluarga yang di anjurkan oleh syarikat..excited giler...memang seronok dan Cik Lynna berasa amat bertuah sangat..tempat pun bukan calang2 tempat..5 bintang punya hotel..hehehe...buat kat The Legend International Water Home, Port Dickson N9...tempatnya fuhhh...sangat cantik dan mendamaikan sekali..ayuh cepat sih tgk gambar dibawah...


Kawan2 layan lah gambar2 yang diambil masa Family Day ni...zassss



Hari pertama : Soccer Beach



Hari pertama : Malam Karaoke Dinner



Hari kedua : TeleMatch




Hari kedua : Gala Dinner Red & Black Masquerade



Hari ketiga : Last Day (Aktiviti Bebas)

TERINGAT...


Terasa mcm baru je Cik Lynna belajar tarian zapin ni...
Terasa mcm baru je semalam buat latihan zapin...
Tersas mcm baru je Cikgu Dila menjerit2 nama Cik Lyna..LINA!!!!!
Terasa mcm baru je semalam Cik Lynna buat show...hahaha...
Terasa mcm baru je Cik Lynna menyumpah2 Cikgu Dila...huhuhu...


Tapi itulah...semuanya tinggal kenangan...ya kenangan yang pahit manis masam kelat...semua cukup rasa...Cikgu Dila thanks ajar kami semua...kawan2 zapin..ni semua memori indah...lepas ni Cik Lynna xnk masuk apa2 persembahan pun..hihihi klu boleh..serik!!!


Walau mcm mn pun ini kenangan paling manis Cik Lynna rasa..suka ketawa menagis sedih...semua ada...


SMILE......;)



RESEPI KACANG BUNCIS GORENG SEPCIAL

BAHAN-BAHAN :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Kacang buncis
1 biji cili merah (cili besar)
1 batang lobak merah
1/2 kilo udang
Bunga kobis

CARA-CARANYA :
1. Bawang besar, bawang putih dan cili merah potong tipis. Potong lobak merah secara bulat (tipis2 jugak)
2. Potong kacang buncis menyerong.
2. Tumis bahan yang telah dipotong dalam minyak panas hingga naik bau.
3. Masukkan udang yang telah siap di siang. Tunggu sehingga 5 minit masukkan kacang buncis dan bunga kobis masukkan sedikit garam gaul dan tunggu selama 10 minit. Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI AYAM MASAK CAMPUR


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia @ lengkuas
1 ulas kunyit hidup (kecil)
3 biji kentang
Secubit belacan masak
2 batang serai
2 biji limau nipis
Daun limau purut
1 sudu Garam
1/2 sudu ajinomoto (kalau xnk letak pun xpe)

Cara-caranya :
1. Kisar atau belander bawang besar, bawang putih, halia/lengkuas, kunyit hidup, belacan, serai.
2. Goreng ayam terlebih dahulu dan kentang (Kentang potong memanjang bagi 8 bahagian)
3. Masukkan minyak masak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dibelander tadi. Tumis sampai naik bau..tunggu 5-10 minit.
4. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan perahan air limau nipis dan daun limau purut dan gaul..pastikan api tidak terlalu kuat dan terlalu perlahan sangat. Biarkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!!


Monday, May 16, 2011

PINTU SYAITAN


15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA

Pintu marah, Pintu cinta dunia, pintu kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu), Pintu panjang angan2, Pintu rakus, Pintu bakhil, Pintu suka pada pujian, Pintu riak,Pintu Uujub (merasa kagum), Pintu takut/gelisah, Pintu buruk sangka, Pintu memandang rendah pada orang lain, Pintu merasa suka pada dosa, Pintu merasa aman daripada pembalasan Allah, Pintu putus asa dari rahmat Allah


15 PINTU SENJATA MENGHALANG SYAITAN

Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik), Banyakkan berzikir, Banyakkan beristighfar, Baca laiillahaillaanta subhanakainni kuntuminazzolimin, Jangan tidur berseorangan, Baca doa pagi dan petang, Bersugi, Melaksanakan solat jemaah, Berwuduk sebelum tidur,Menutup aurat, membaca doa masuk tandas, Banyak berselawat pada hati, Bertaubat, Beristghfar, Banyakan baca Al-Quran, Membaca surah Yassin setiap pagi



RUMAH YANG TIDAK DI MASUKI SYAITAN

Rumah yang bersih, Penghuni membaca Bismillah ketika memasuki rumah, sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat), Penghuninya jujur dan memenuhi janji, Penghuninya memakan makanan yang halal dan cara mendapatkanya halal, Penghuninya mengekalkan Silaturahim (Sentiasa mesra), Rumah yang penghuninya berbakti kepada ibu bapa.


Sunday, May 15, 2011

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah Delima a.k.a Ar-Rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini buah Delima di tanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulan ialah susunan dalamanya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas akan kelihatan kantung2 kecil berjus segar, manis masam rasanye. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikan sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin Syria di Lebanon. Rimmon, Kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman sempena namanya. Nama pekebun delima ialah Punica Granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Buah Delima dipercayai berasal dari Iran. Kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakkan dan tanaman di pesisiran Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Buah Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya mala segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun buah Delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keungguan, putih atau campurab dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus.

SABTU LEPAS

Sabtu ( 14/05/2011)

Bangun lebih kurang dalam kol 10 am...sangat la lewat..tu pun sebab ade org ketuk pintu rumah dengan kuatnya...(orang nak repair saluran paip..paip rumah bocor)...melayang jugak RM150...call tuan rumah bagitau hal ini tp tuan rumah seperti tidak mahu bertanggungjawab shj..bukan itu sahaja tenaga elektrik pun asyik stuck je..bile org repair paip tu tolong tgk rupenye ade wayar yang yang longgar dan seharusnya perlu diganti..takut barang2 elektrik rosak...tu pun tuan rumah xnk bertanggungjawab...sangat hampeh..tp xape janji senang hati nk memasak..air kat singki xbertakung lagi..elektrik pulak tunggu org TNB dtg betulkan..nk harapkan tuan rumah...hmmm xperlulah...buang credit je call...

Siap repair aku & Yana bersiap pergi Pasar borong Selangor..menu untuk hari ayam kari, ikan keli goreng, kerang rebus, sayur buncis goreng, sambal asam dan sedikit ulam (Salad)..fuhhh memang sedap..Petang sikit baru temankan Yana pg BSN bank-in duit untuk adik dia..balik dr bank terus pergi Putrajaya..ajak Yana jalan2 kat Putrajaya...rupenya Yana xtau tempat2 menarik kat Putrajaya ni..so Cik Lynna bawaklah dia pg Monumen Alaf Baru..tasek buatan sebelah Pullman Hotel...2 je kot...sempat bergambar jugak..




Wednesday, May 11, 2011

9 JENIS ANAK SYAITAN


YA ALLAH KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM....
[ Umar Al-Khattab R.A pernah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan ]

1. ZALITUUN
Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat cermat. Menggoda supaya manusi berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T

3. A'AWAN
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikkan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ualama.

4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol. Suka menghampiri dengan orang yang berada di tempat-tempat maksiat (Contoh : Disko, Kelab Malam & tempat yang ada minuman keras)

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lalai kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan glamor.

6. MASUUD
Duduknye di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (Suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. WALAHAAN
Menimbulkan was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Dannnnnn....akhir sekali paling teruk......

10. ISETAN
Pasaraya terkemuka di seluruh dunia. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Singapore, Beijing dan yang sewaktu dengannye tapi kebaikkanye pulak memberi potongan harga pada karnival jualan...bila ada kebaikkan ade gak keburukkannye melalaikan manusia ber shopping hingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang suaminya dah tunggu kat kereta..hehehehe (Shopping tu agak-agak sikit membazir itu amalan syaitan).

11. HINDUSETAN
Meraka yang suka menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang masih lagi 'menyonggol' depan TV...tak sedar kepala keluar tanduk...jadilah Hindusetan!!!

12. SANTAN
Yang ni je nampaknya berguna sikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol tinggi

SELAMAT MEMBACA!!!


HARI-HARI


Hari ni aku terpanggil nak menciplak entri ni kat dalam blog Cik Lynna..Cik Lynna suka baca cerita ini...so Cik Lynna nk kongsi cerita ni dgn kawan2 Cik Lynna... Alkisah.....

HARI dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan 1001 peristiwa. Yang aneh yang indah yang ceria yang muram semuanya adalah hari. Cik Lynna nk tanya hari apakah kawan2 Cik Lynna lahir ke dunia ni? Sebab tu Cik Lynna nak kongsikan bersama kawan2..cube kawan2 tengok apa yang pernah berlaku pada hari 1st kawan2 lahir dan menghirup udara ni dalam sejarah kejadian alam dan manusi...jom kita sama2 kongsi..;)

HARI AHAD
Allah S.W.T menjadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.

HARI ISNIN
Nabi Idris di naikkan ke langit, Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa, Bukti ke Esaan Allah S.W.T diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan, Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, Rasullullah wafat.

HARI SELASA
Nabi Yahya wafat dibunuh, Nabi Zakaria wafat dibunuh, Tukang2 sihir firaun ditewaskan, Asiah isteri firaun mangkat dibunuh, Lembu kaum Bani Israel dibunuh, Habil dibunuh oleh Qabil.

HARI RABU
Qarun hancur binasa, Firaun dan tenteranya ditenggelamkan, Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk, Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibrail, Umat Nabi Hud dimusnahkan oleh Allah S.W.T dengan angin taufan.

HARI KHAMIS
Nabi Ibrahim memasuki Mesir, Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui Baginda, Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir, Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir, Nabi Musa memasuki Mesir.

HARI JUMAAT
Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib, Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis, Rasullullaah S.A.W berkahwin dengan Siti Khadijah dan Aishah, Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah.

HARI SABTU
Nabi Nuh diperolokkan oleh kaumnya, Nabi Salleh ditipu umatnya, Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi.

Ini lah sebahagian yang dapat Cik Lynna kongsikan...sekian terima kasih...;)








Tuesday, May 10, 2011

Iyo lah...Disebabkan Cik Ayu telah memeberi Cik Lynna soalan 5 perkara (ewahhh da mcm lagu nasyid kumpulan Raihan pulak...ingat 5 perkara) kenelah jugak Cik Lynna menjawabnye... *_~


5 IMPORTANT DATE

1. 18 Mac { Saya di lahirkan }
2. 6 August { Birhtday mak saye }
3. 26 hb setiap bulan { hehehehe...time dapat gaji }
4. 1 May { Hari orang yang tersayang tinggalkan saye...huhuhu }
5. 26 February { orang tuttttt...punya birthday }


5 THINGS I DID YESTERDAY

1. Pergi kerja balik kerja
2. Beli/makan laksa pinang kat tepi jalan
3. Mandi..ek..ek..ek..tengok TV
4. Teman Housemate beli sate ayam/lembu pastu makan
5. Tido....



5 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

1. Bergosip dgn mak...hehehehe { bukan gosip ape pun sesaje bercerita hilangkan rindu }
2. Bergayut dgn seseorang sampai xingat nak tido...
3. Rumah bersih...bilik bersih..dapur bersih...bilik air bersih...hati jadi riang
4. Jadi orang kaya baru...banyak pulus!!!
5. Bercuti dengan orang tersayang pun bahagia jugak kan!!! best



5 REASONS WHY I AM DOING THIS ?

1. Telah di tag oleh Princess Yuyu
2. Princess Yuyu yang suruh
3. (*_*)
4. (-_*)
5. (",)



5 FRIENDS TO TAG

1. Amira
2. blueberry bluelicious

3. adieyza
4. ????
5. !!!

Nota : Memang panas pun....KL 36C


Khasiat Timun

Timun adalaha makanan yang selalu orang buat masak sayur a.k.a ulam-ulaman...memang best timun ni dan paling best jika di makan mcm tu jek...jangan tak tau timun ni banyak khasiatnye tau...kalau xcaya ce bace fakta kat bawah ni...




MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

{ Caranya : Ambil 2biji timun siap dicuci bersih dan diparut. Parutan tu hendaklah diperah dan diasingkan airnya. Last sekali airnya diminum. Lakukan 2-3 kali sehari..InsyaAllah kesannya akan kelihatan dalam masa 2-3 minggu }


MENGUBAT PENYAKIT SAWAN

{ Caranya : Amalkan makan timun sebagai ulam. Amalkan setiap hari..InsyaAllah sakit sawan akan berkurangan }


MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA


{ Potong timun nipis dan lekapkan pada mata lakukan setiap hari selama 15 minit. Jika diamalkan selalu InsyaAllah lingkaran hitam bawah mata akan pudar dan hilang }



MEMBERSIHKAN GINJAL (BUAH PINGGANG)

{ Timun dicuci bersih dan diparut serta diperah. Minum airnya sikit demi sedikit..amalkan setiap hari }



MENYEMBUHKAN DEMAN

{ Ambil sebiji timun dan bersihkan serta diparut. Kemudian letakkan parutan tadi di atas perut @ di dahi..InsyaAllah panas badan akan berkurangan }



MENGHILANGKAN JERAWAT

{ Caranya : Cuci timun dan hiriskan. Hiris timun dan letakan serta gosok pada jerawat..buat setiap hari lama kelamaan jerawat dan kesan jerawat akan hilang }



SELAMAT MENCUBA!!!!!

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages