Pages

I love my follower

Wednesday, May 11, 2011

9 JENIS ANAK SYAITAN


YA ALLAH KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM....
[ Umar Al-Khattab R.A pernah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan ]

1. ZALITUUN
Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat cermat. Menggoda supaya manusi berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T

3. A'AWAN
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikkan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ualama.

4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol. Suka menghampiri dengan orang yang berada di tempat-tempat maksiat (Contoh : Disko, Kelab Malam & tempat yang ada minuman keras)

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lalai kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan glamor.

6. MASUUD
Duduknye di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (Suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. WALAHAAN
Menimbulkan was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Dannnnnn....akhir sekali paling teruk......

10. ISETAN
Pasaraya terkemuka di seluruh dunia. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Singapore, Beijing dan yang sewaktu dengannye tapi kebaikkanye pulak memberi potongan harga pada karnival jualan...bila ada kebaikkan ade gak keburukkannye melalaikan manusia ber shopping hingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang suaminya dah tunggu kat kereta..hehehehe (Shopping tu agak-agak sikit membazir itu amalan syaitan).

11. HINDUSETAN
Meraka yang suka menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang masih lagi 'menyonggol' depan TV...tak sedar kepala keluar tanduk...jadilah Hindusetan!!!

12. SANTAN
Yang ni je nampaknya berguna sikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol tinggi

SELAMAT MEMBACA!!!


No comments:

Post a Comment

Aku orang biase2 jer..

My photo
Orang biase2 jer.. HAPPY...SIMPLE...HARMONY...

HElLoOoO...

hAvE a NiCe DaY!!!

Blogroll

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogger news

Blogger templates

Pages